
Kisah kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun, bersama abangnya Bayu serta kekasihnya, Leftenan Koishi. Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat emansipasi dan daya juang yang tinggi.
Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki. Seperti abangnya yang menjadi penggerak utama Kesatuan Melayu Muda (KMM) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Embun berpendapat kedatangan Jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris dan imperialisme.
Bayu adalah seorang lepasan sekolah Arab dan menjadi pengikut setia pengasas KMM, Ibrahim Yaakob serta anak asuhan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Mereka mempercayai slogan ‘Asia Untuk Asia’ dan ‘Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya’ yang dilaungkan pemerintah Jepun.
Suatu hari, Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa untuk memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenen Akishi dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai.
Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian perkosaan terbabit dan menyelamatkan Embun. Embun menjadi lebih sedih apabila ayahnya, Pak Harun dibunuh. Sejak kejadian itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun.
Dengan bantuan Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas.
Lakonan : Umie Aida, Izi Yahya, Hani Mohsein Hanafi, Ahmad Tarmimi Siregar, Khatijah Tan, Aziz Satar, Mak Kwai Yuen, Riezman Khuzaimie, Razak Ahmad, Ropie Cecupak, Zul Huzaimy Marzuki, Loloq, Zuhairie Ibrahim, Wan Shades, Haeriyanto Hassan, Dato’ Rahim Razali, Ellie Suriaty Omar, Normah Damanhuri, Ismail Din, Aqasha
Arahan : Erma Fatima
Terbitan : Filem Negara Malaysia / FINAS
Tarikh Tayangan : 01 Ogos 2002
Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 414MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Password : wayangmalaysia
30 September 2007 at 8:00 pm |
versi rmvb part 5 xleh download
pehal
2 Oktober 2007 at 12:13 am |
tested. download ok je. try again.
13 Mei 2008 at 2:32 am |
[...] Umie Aida – Filem Embun – Adegan menimba air di tepi perigi [...]
29 Ogos 2010 at 12:33 pm |
sy dtg mndownload cte EMBUN yea.. tq