Archive for Disember 2006

Salah Bapak (2006)

26 Disember 2006

Salah Bapak

Filem Salah Bapak adalah komedi yang berkisar mengenai dua beradik, Jamil (Badul) dan Osman (Amran Tompel) yang terpaksa berdepan pelbagai siri halangan dalam usaha untuk menuntut hak mereka ke atas wasiat harta peninggalan arwah bapa mereka, hartawan Al-Sagof.

(more…)

Advertisements

Bilut (2006)

19 Disember 2006

Bilut

Pada tahun 1960 Yazid menyertai antara kumpulan pertama yang meneroka tanah rancangan Felda di Lurah Bilut. Yazid terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan segala tekanan perasaan. Sahabatnya, Rosli mati dihempap pokok. Rumah mereka ranap dipukul ribut. Anak bongsunya, Yamin, mati dibaham harimau.

(more…)

Mr. Cinderella (2002)

18 Disember 2006

Mr. Cinderella

Kisah bermula dengan watak Hakimi, seorang penulis skrip bebas sedang memandu kereta dan meredah hujan ribut di waktu malam untuk menghantar pulang anaknya, Imelda (7 tahun) ke rumah bekas isterinya yang dicerai-rujuk sebanyak 3 kali. Semasa dalam perjalanan, Hakimi ternampak sebuah kereta ‘sports’ mewah yang baru ditimpa kemalangan, terbabas sendirian dan terbakar akibat berlanggar dengan pokok.

(more…)

Cinta Luar Biasa (2004)

17 Disember 2006

Cinta Luar Biasa

‘Cinta Luar Biasa’ yang bertemakan komedi romantik mengisahkan empat rakan karib iaitu Farah, Usin, Adam dan Hamidah yang telah merancang untuk bertemu semula (re-union) selepas sepuluh tahun tamat pengajian di universiti. Namun setelah tiba masa, masing-masing cuba untuk melupakannya. Namun Cik Lulu, pensyarah kesayangan mereka memujuk Hamidah untuk membuatnya dengan alas an beliau akan ke luar negeri untuk menyambung pelajaran. Namun jauh di sudut hati Cik Lulu sebenarnya untuk menjernihkan hubungan antara mereka yang mengalami masalah pada akhir semester sebelum tamat pembelajaran.

(more…)

Heart (2006)

15 Disember 2006

Heart

Rachel, seorang gadis tomboy yang selamba. Farel, anak muda tampan yang bersifat seadanya. Persefahaman yang terjalin sejak kecil menjalin satu “persahabatan” sehinggalah satu hari apabila Farel mengkhabarkan dia sudah jatuh cinta.

(more…)

Gong (2006)

14 Disember 2006

Gong

Cerita ini berkisah tentang 5 orang pelajar jurusan performing arts dari UITM yang terpilih untuk mengadakan lawatan sambil belajar selama 7 hari di Jogjakarta. Sepanjang berada di Jogjakarta, mereka menjalani pelbagai aktiviti melibatkan kursus mereka di Malaysia.

(more…)

“Tipah Tertipu…” The Movie (2006)

13 Disember 2006

"Tipah Tertipu..." The Movie

Filem yang berkisarkan kisah Azam, Amer, Cat, Sein dan Zain yang berkawan sejak kecil dan masing-masing menaruh perasaan dalam diam-diam terhadap seorang gadis yang juga merupakan kawan baik mereka, Tipah.

(more…)

Remp-It (2006)

12 Disember 2006

Remp-It

Filem ini mengisahkan Madi yang bekerja sebagai penghantar surat sering ‘merempit’ pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Madi mempunyai teman wanita, Ieka yang sering mendesaknya berkahwin.

(more…)

Gubra (2006)

11 Disember 2006

Gubra

Kisah kehidupan Orked yang sudah berkahwin. Bapa Orked pula dimasukkan ke hospital kerana sakit. Di situ, dia berjumpa pula dengan bapa Jason. Pada waktu yang sama, terdapat kisah seorang bilal yang hidup berjiran dengan pelacur. Pelacur terbabit pula menghantar anaknya mengaji Quran di rumah bilal berkenaan…

(more…)

Bujang Senang (2006)

10 Disember 2006

Bujang Senang

Bujang berasal daripada keluarga yang kaya. Dia berhasrat mencari teman wanita untuk dijadikan isterinya. Oleh kerana dia tidak mahu bakal teman hidupnya itu mencintainya kerana harta kebendaan semata-mata, maka Bujang pun berlagak seperti orang miskin. Sepanjang kisah Bujang dalam mencari cinta sejatinya itu, berlaku pelbagai perkara menarik dan melucukan.

(more…)