Gong (2006)

Gong

Cerita ini berkisah tentang 5 orang pelajar jurusan performing arts dari UITM yang terpilih untuk mengadakan lawatan sambil belajar selama 7 hari di Jogjakarta. Sepanjang berada di Jogjakarta, mereka menjalani pelbagai aktiviti melibatkan kursus mereka di Malaysia.

Lima orang pelajar ini terdiri daripada 3 orang perempuan (Mira, Trisha & Ika) dan 2 orang lelaki (Rozan & Didi). Mira agak pendiam dan berdarah separuh Indonesia, Trisha yang rugged dan agresif manakala Ika adalah gambaran seorang gadis yang lembut dan kurang adventurous. Rozan sentiasa merasakan dirinya ketua, tidak percaya kepada perkara seperti hantu & sebenarnya menaruh perasaan terhadap Mira. Didi pula seorang lelaki yang kurang tegap, berkaca mata dan penakut.

Satu hari, Kelima-lima mereka telah dibawa melawat ke Muzium Kesenian Jogja yang menghimpunkan pelbagai koleksi sejarah, kesenian dan peralatan muzik sejak dari zaman Kerajaan Majapahit, Kerajaan Matara, purba, tamadun Hindu Mataram hinggalah zaman Gong purba yang kecil menarik perhatian pelajar- pelajar ini terutamanya Trisha yang paling nakal di antara mereka.

Pandangan Trisha dan Mira terikat pada Gong purba Mataram itu yang seakan-akan menyeru semangat mereka. Mira akhirnya meninggalkan Trisha seorang diri menikmati Gong tersebut.

Sekembalinya mereka semua ke Sanggar tempat penginapan mereka itu, kelima-lima mereka terkejut apabila mendapat tahu Trisha telah mencuri keluar Gong purba kecil tersebut. Tiga daripada mereka membantah sekeras kerasnya tindakan Trisha tetapi dikatakan gong tersebut dapat menghasilkan bunyi yang agak ganjil berbanding dengan gong-gong biasa. Tambahan pula, ukiran di keliling Gong tersebut juga amat pelik dan mengagumkan. Jika diberi masa, mungkin mereka dapat mempelajari sesuatu daripada Gong tersebut.

Pada malam itu, ketika semua orang sedang tidur, Trisha telah mengejutkan Ika dan memberitahu niatnya untuk memukul gong tersebut. Trisha terasa seperti Gong tersebut menyeru dirinya.

Sebelum subuh itu, sewaktu kesemua mereka menyambung lena, sesuatu lembaga hitam telah muncul daripada kegelapan di luar dan terawang-awang dengan perlahan-lahan menghampiri Gong tersebut yang kebetulannya diletakkan bersama alat-alatan gamelan yang lain. Sementara itu, di bilik tidur perempuan, Trisha yang sedang nyenyak tidur tidak menyedari yang di hujung katilnya sebuah lembaga hitam yang berambut panjang dan kasar sedang melengkung berdiri memerhatikan wajahnya.

Bermula dari saat itu, kelima-lima mereka akan berhadapan dengan pengalaman menyeramkan yang bertambah mengerunkan dari masa ke semasa kerana lembaga tersebut akan menggangu mereka tanpa mengira tempat dan waktu sehinggalah mereka semua menjadi kalut seperti tiada jalan keluar..

Lakonan : Jehan Miskin, Fasha Sandha, Elyana, Faizal Yusuf, Sharifah Sofia
Arahan : Sandosh Kesavan
Terbitan : Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 24 Ogos 2006

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 309MB
| 1 | 2 | 3 | 4 |

12 Respons to “Gong (2006)”

  1. shah alam Says:

    assalammualaikum wbk..

    kenapa tak buat dalam format xvid/avi? saya tunggu lama dah ni..huhuhuhuhu

    apa apa pun, tahniah juga sebab menyediakan laman macam ni…..boleh juga tengok wayang wayang lama dan juga baru….teruskan usaha tu

    ps…orang minyak versi moden tak ada?

  2. dona widya nugroho Says:

    Saya tinggal di Yogyakarta Indonesia sata mau beli filem gong Dvd/Cakera Padat dimana saya bisa membelinya dan saya harus contact kemana

  3. dona widya nugroho Says:

    sila kan hub web kami di http://sofia-tjakraningrat.blogspot.com

  4. Firman Saifulloh Says:

    Misteri Seram

  5. Fifa 14 Gratuit Pc Says:

    Having read this I thought it was very informative. I appreciate you taking the time and energy
    to put this content together. I once again find myself personally
    spending way too much time both reading and commenting.

    But so what, it was still worthwhile!

  6. BlandonganMalaysia Says:

    Jogja Istimewa kerana Jogja juga Masih Nusantara Thanks You Mazlan Abdul Lattif Odeng , Di jogja sendiri Wayang bererti Pertunjukan seperti wayang orang , wayang kulit , wayang golek dan masih tradisional berbeza pengertian dengan di Malaysia kerana di sini Wayang bererti MOVIE saya hanya meluruskan kosa kata sahaja dalam ertian tentang wayang itu sendiri dan Salam damai dari Jogja Mahupun Malaysia yang masih serumpun dan sama sama KESULTANAN ok apresiasi tentang Movie Gong sangat menarik sehingga tayang di Promo Pesona TV3 Dan dari segi Technologi Malaysia lebih maju dan kita bisa share dan belajar Movie Thks Apresiasinya Grand Brilliance ,Sdn Bhd

  7. Blandongan Malaysia Says:

    Jawa = jew = Yahudi Wayang ini berusaha menguak sejarah atlantis yang hilang dan membuktikan kalau Bangsa Yahudi berasal dari jawa sejak jaman Atlantis sebelum benua atlantis Pecah

  8. Blandongan Malaysia Says:

    saya fikir ini hanya file dalam bentuk video format RMVB sahaja

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: