Mr. Cinderella (2002)

Mr. Cinderella

Kisah bermula dengan watak Hakimi, seorang penulis skrip bebas sedang memandu kereta dan meredah hujan ribut di waktu malam untuk menghantar pulang anaknya, Imelda (7 tahun) ke rumah bekas isterinya yang dicerai-rujuk sebanyak 3 kali. Semasa dalam perjalanan, Hakimi ternampak sebuah kereta ‘sports’ mewah yang baru ditimpa kemalangan, terbabas sendirian dan terbakar akibat berlanggar dengan pokok.

Hakimi yang memberhentikan kereta di sudut berhampiran, teragak-agak untuk membantu seorang gadis yang terperangkap di dalam kereta tersebut kerana tidak mahu kasut Kumin yang dipinjamnya kekotoran lumpur di luar. Tetapi akhirnya dia berubah hati dan terus merawat gadis tersebut yang cedera parah dan meninggalkannya di tempat kemalangan setelah menghubungi ambulans tanpa mengetahui bahawa gadis tersebut adalah Puteri Megawati, puteri mahkota negara Indrapuri Darul Kasih.

Secara tidak sengaja, Hakimi tercicir sebelah kasut Kumin di tempat kemalangan semasa menyelamatkan Tuan Puteri. Sementara itu, Puteri Megawati yang cukup terhutang budi dan nyawa, diketemukan dengan Siti Shahirah, wartawan “paparazzi” yang sentiasa mencari berita-berita sensasi. Puteri meminta pertolongan Siti supaya mencari “Mr. Cinderella” yang telah menyelamatkannya dengan menawarkan RM500,000.

Siti menerima cabaran tersebut kerana ia sudah tentu dapat mensensasikan dan meninggikan “rating” program “Cable News International” yang dikendalikannya. Semasa mengendalikan rancangan “Siapa Mr. Cinderella”, muncullah Kumin antara ratusan “Mr. Cinderella” palsu untuk menuntut hadiah yang ditawarkan. Memandangkan kasut yang tercicir itu adalah kepunyaannya, maka Kumin telah diisytiharkan sebagai “Mr. Cinderella” yang dicari-cari selama ini. Siapakah “Mr. Cinderella” tulen?

Lakonan : Erra Fazira, Yusry (KRU), Umie Aida, Aziz M. Osman, Helmi Gimmick, Opie Zami, Khatijah Ibrahim, M. Rajoli, Serina Redzuawan, Kudsia Kahar, AR Badul, Ropie Cecupak, Adik Tuty, Osman Kering, Yunni Nor Leitey
Arahan : Ahmad Idham
Terbitan : Kuasatek Pictures Sdn. Bhd. / Skop Productions Sdn. Bhd.
Edaran : Skop Productions Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2002

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 352MB
| 1 | 2 | 3 | 4 |

2 Respons to “Mr. Cinderella (2002)”

  1. bisekut Says:

    sayang lu bro…gua nak sedut semua ni..hehe

  2. neetos Says:

    susah nya nak download

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: