Senario – Pemburu Emas Yamashita (2006)

Senario - Pemburu Emas Yamashita

Seman, Put, Boy dan Jali dimasukkan Taman Harapan, sebuah pusat rawatan untuk mereka yang mengalami tekanan jiwa. Dr. Lisa pula (seorang pakar kaunseling) diprtanggung jawab memulihkan mereka.

Dalam sebuah sessi terapi, Dr. Lisa memahami masalah yang dihadapi Seman, Boy dan Put. Tetapi dia gagal mengesan masalah Jali. Pada zahirnya, Jali tidak mempunyai masalah emosi. Dia dimasukkan ke pusat rawatan setelah mendakwa terjumpa seorang askar Jepun dari Perang Dunia Kedua. Askar tersebut telah memberinya senaskah skrol bertulisan Jepun dan mempunyai cap mohor Jeneral Yamashita.

Murad (pengurus pusat rawatan) telah menyimpan skrol tersebut. Setelah melakukan kajian, Murad yakin skrol itu adalah klu kepada harta karun kepunyaan Jeneral Yamashita (berbentuk jongkong emas).

Seman, put dan Boy pula telah berikrar untuk menjalani kehidupan baru yang lebih ‘adventurous’. Dengan bantuan Jali, mereka berjaya merampas skrol dari tangan Murad dan berazam untuk mencari harta tersebut. Murad mendesak Jali membantunya mencari mereka semula dan merampas kembali skrol. Dr. Lisa yang mahukan mereka semua kembali menghabiskan sessi rawatan terpaksa mengikut Murad.

Pengembaraan Seman, Put dan Boy dalam pencarian harta Yamashita telah membawa mereka kedalam hutan pendalaman yang belum diterokai manusia. Tiba-tiba mereka terjumpa dan ditangkap oleh sekumpulan kaum kerdil. Kaum tersebut membawa mereka kesebuah perkampungan dan dihadapkan kepada ketua mereka, Tagaya. Kebetulan Tagaya pernah dibantu oleh Seman, Put dan Boy ketika dia ditimpa kesusahan. Mereka dilepaskan dan menjadi sahabat kepada kaum kerdil itu.

Kedudukan Tagaya sebagai ketua yang berpengaruh sebenarnya dicemburui oleh seorang penduduk kampung bernama Tungau. Tungau berkomplot bersama YB Nasir (seorang wakil rakyat) dalam cubaan untuk menjatuhkan Tagaya. Agenda YB Nasir pula ialah untuk memudahkannya mencari harta Yamashita yang disyaki berada sekitar kawasan perkampungan orang kerdil. Kemunculan Seman, Put dan Bob di kampung tersebut sedikit sebanyak telah mengugat usaha mereka menjatuhkan Tagaya. Muncul Murad menawarkan diri bekerjasama dengan mereka.

Murat menampilkan diri di hadapan penduduk kampung dan memberitau Seman, Put dan Boy adalah pesakit yang melarikan diri dari hospital gila. Tagaya pula didakwa bersubahat menyembunyikan mereka.

YB Nasir mengarahkan Seman, Put, Boy dan Tagaya ditangkap. Bagaimanapun Seman, Put dan Boy berjaya melarikan diri (dengan bantuan Jali dan Dr. Nora). Tagaya pula diikat dan dikurung di dalam rumahnya.

Kini Murad, YB Nasir dan Tungau berjaya menguasai keadaan dan masing-masing meneruskan agenda jahat mereka. Bagaimanakah Seman, Put, Boy, Jali dan Drl Lina dapat mematahkan usaha mereka?

Lakonan : Azlee, Wahid, Lan Pet Pet, Nora Danish, Que Haidar, Beego
Arahan : Aziz M. Osman
Terbitan : Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 18 Mei 2006

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 342MB
| 1 | 2 | 3 | 4 |

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: