Jangan Pandang Belakang (2007)

Jangan Pandang Belakang

Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladynana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang yang periang dan ceria.

Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan di bawa pulang. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui.

Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ‘sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagi peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.

Mendengar nasihat bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.

Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belengu yang menganggu hidupnya setiap hari? Segalanya akan terjawab dalam filem ini. Kepada anda semua, walau apapun yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti berlaku!

Lakonan : Pierre Andre, Intan Ladyanar, Khatijah Tan, Rusminah Sidek, Jalaluddin Hassan, Rio Elani
Arahan : Ahmad Idham
Terbitan : Metrowealth Movies Production
Tarikh Tayangan : 5 April 2007

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 303MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | Password : wayangmalaysia

12 Respons to “Jangan Pandang Belakang (2007)”

  1. firhan Says:

    knape xboleh nk extract file?
    dah letak password (wayangmalaysia) pun xboleh.

  2. wayangmalaysia Says:

    Berkemungkinan salah satu fail telah rosak. Biasanya ada dinyatakan oleh WinRAR mana fail yang rosak tersebut. Saudara boleh cuba memuaturun kembali fail itu. Sila ‘paste’kan error yang dipaparkan oleh WinRAR di sini.

  3. firhan Says:

    ! CRC failed in the encrypted file Jangan.Pandang.Belakang.2007.VCDRip.XviD-iMi\Jangan.Pandang.Belakang.2007.CD1.VCDRip.XviD-iMi.avi (wrong password ?)

  4. firhan Says:

    kat atas ni error yg WinRAR tulis.
    mcm mane nk solve?

  5. wayangmalaysia Says:

    Pada hemat saya, saudara tidak memuaturun kesemua 7 fail yang diperlukan. Kesemua filem yang terdapat disini telah dipecahkan ke beberapa bahagian dan memerlukan WinRAR untuk menyatukan fail-fail itu semula. Sekiranya saudara hanya memuaturun satu bahagian fail sahaja, sehingga kiamat pun takkan boleh dibuka.

  6. firhan Says:

    saya download format (.rmvb)
    xpe la.dh bleh download dh.
    sy download gune alternative link.
    klu gne link biase mmg jd mcm tu..

  7. wayangmalaysia Says:

    Selamat Menonton🙂

  8. asy Says:

    nak tny citer movie yg pasal mona fendy tuh der tak???
    tajuk tak pasti sama ada dukun atau bomoh……

  9. dfamz Says:

    nak tny citer movie yg pasal mona fendy tuh der tak???
    tajuk tak pasti sama ada dukun atau bomoh……

    —-> cerita itu tak sempat sampai ke mana-mana sebab dah diharamkan atas sebab-sebab yang menyentuh sensitiviti ahli keluarga individu terbabit.

  10. weezmafia Says:

    memang seram cerita ni

  11. buzymovie Says:

    btoi3..mmg seram cita ni..klau tgk dgn awek cita ni mesti best..heheh

  12. Hafiz Fadzil Says:

    boleh upload balik semula x… pasal payah nak cari filem ni.. semua dah delete file 2013

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: