Baik Punya Cilok (2005)

Baik Punya Cilok

Kisah lucu 4 orang sahabat, ABEN (Afdlin Shauki), BOB (Awie), JERRY (Hans Isaac) dan WAK (AC Mizal) yang berpakat untuk merompak Tauke Wong, seorang tauke kedai pajak, bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini Nazatul. Menyedari nilainya begitu tinggi, Tauke Wong tidak mahu menjualkan kembali kerongsang tersebut, lalu menaikkan harga bunganya berganda. Wak tidak mampu membayarnya.

Dalam keadaan yang terdesak, 4 sahabat itu merancang untuk merompak Tauke Wong, hanya kerana untuk mendapatkan kembali kerongsang tersebut… lagaknya seperti Robin Hood abad baru. Leman mendesak agar mereka mengajar Tauke Wong dengan merompak apa sahaja barang yang ada di kedai pajak itu. Sahabat yang lain tidak bersetuju dengan ide Leman kerana mereka sebenarnya bukanlah pencuri dan jauh di sudut hati, mereka sebetulnya takut dengan akibat yang bakal menimpa. Namun, Leman kemudiannya telah menarik diri di saat akhir.

Rancangan harus diteruskan dan persiapan rapi diatur. Setelah melakukan beberapa siri latihan, perbincangan dan strategi, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba bagi membuktikan kejantanan mereka. Tanpa diduga, kejutan telah menanti mereka di kedai Tauke Wong. Kedai tersebut telahpun dirompak oleh orang lain! Lebih malang lagi mereka berempat yang terpalit lumpurnya. Dengan sarung kaki wanita sebagai topeng dan timun serta terung yang dibalut bagi menampakkan seperti senjata, mereka telah ditahan polis ketika di kedai Tauke Wong, atas cubaan merompak. Hanya Jerry yang terlepas kerana berada di dalam kereta yang bakal mereka gunakan untuk melarikan diri. Kawan-kawan yang berada di lokap mula mencurigai Jerry. Ini kerana Jerry mempunyai beban hutang akibat suka berjudi. Namun begitu, Jerry jugalah harapan kawan-kawannya untuk membuktikan yang mereka tidak bersalah dan seterusnya mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak.

Mampukah Jerry menunaikan harapan kawan-kawannya itu? Atau dia juga akan gagal seperti mereka? Adakah Lina, anak kesayangan Tauke Wong berjaya mencari siapa sebenarnya yang menjadi dalang dan perompak yang memecah masuk ke dalam kedai bapanya? Nantikan jawapannya dalam….. ‘BAIK PUNYA CILOK’….. bakal tiba ke pawagam anda….

Lakonan : Afdlin Shauki, Awie, Hans Isaac, AC Mizal, Harun Salim Bachik, Patrick Teoh, Carmen Soo, Harith Iskandar, Ida Nerina, Riezman Khuzaimi, Nadia Mustaffa, Din Beramboi
Arahan : Afdlin Shauki
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 22 Disember 2005

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 378MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | Password : wayangmalaysia

2 Respons to “Baik Punya Cilok (2005)”

  1. ahmad Says:

    allow diman kabar kie

  2. ahmad Says:

    wrote 1 week ago: Queer Duck: the movie, 2006, USA OMG! This is hilarious! Simpsons-snubben Mike Reiss gör en film om en homosexuell och … more »

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: