Musang Berjanggut (1959)

Musang Berjanggut

Di sebuah negeri bernama Pura Cendana, pemerintahnya, Raja Alam Syahbana dan permaisurinya, membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat kerana tidak mempunyai zuriat. Tun Nila telah terpilih dari ribuan calon.

Apabila Tun Nila membesar menjadi seorang putera yang kacak, Raja memintanya mencarikan pasangan untuk berkahwin. Tun Nila bertekad untuk mengembara ke tempat yang jauh untuk mencari pasangan yang sempurna. Sebelum dia bertolak, dia telah membuat satu bungkusan yang mengandungi bahan-bahan masakan yang bercampur aduk seperti beras dan garam.

Tujuannya ialah apabila ada gadis yang boleh membuat hidangan dari bahan-bahan tersebut, dia akan mengahwini gadis tersebut. Sepanjang pengembaraannya, dia menemui ramai gadis, tapi apabila diminta untuk memasak, semuanya gagal kerana bahan-bahan tersebut bercampur aduk.

Akhirnya dia menemui seorang gadis bernama Puspawangi. Memikirkan mesti ada sebab kenapa bahan-bahan masakan itu dicampur adukkan sekali, Puspawangi mula mengasing-asingkan bahan-bahan tersebut dan memasaknya.

Apabila Tun Nila mengetahui bahawa Puspawangi telah berjaya memasak ramuan tersebut, dia terus melamar Puspawangi setelah mendapat persetujuan ibubapanya.

Namun masalah baru timbul apabila Tun Nila membawa Puspawangi pulang untuk mengadap. Raja serta para menterinya terpegun dengan kecantikan Puspawangi. Lalu masing-masing merancang untuk menghapuskan Tun Nila supaya mereka boleh memiliki Puspawangi.

Lakonan : P. Ramlee, Saadiah, Ahmad Nisfu, Udo Omar, Malik Sutan Muda, Nyong Ismail, Mustarjo, Shariff Dol, Habsah Buang, Kemat Hassan, Raden Sudiro, Momo Latiff, Babjan Jim, Zainon Fiji, M. Rafee, A. Rahim, Mahmood, Ali Fiji, Ahmad C.
Arahan : P. Ramlee
Terbitan : Malay Film Productions Ltd.
Tarikh Tayangan : 01 Ogos 1959

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 435MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Password : wayangmalaysia

2 Respons to “Musang Berjanggut (1959)”

  1. JAI Says:

    cerita ini sungguh best…

  2. Lilalillulu.com » Blog Archive » Mari kita ke ladang~ Says:

    […] siapa tengok filem ‘Musang Berjanggut‘ di TV2? Hehe..filem ini adalah antara filem lakonan P.Ramlee kegemaran aku. Hm. Kenapa […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: