Kiamat Sudah Dekat (2003)

Kiamat Sudah Dekat

Fandy (Andre Stinky) mengisahkan seorang pemuda Indonesia yang telah dibesarkan di Amerika Syarikat. Setelah kembali ke negara asalnya, gaya hidup dan pergaulannya sangat kebaratan. Kekayaan bapanya membuatkan Fandy hidup mewah dan menubuhkan sebuah band rock bernama Donkoll.

Suatu hari, setelah selesai berlatih, ketika sedang melalui sebuah perkampungan dengan menunggang motosikal, satu insiden telah berlaku. Secara tidak sengaja, mukanya terkena lemparan ais krim dari seorang kanak-kanak. Ketika Fandy membasuh mukanya di surau, kasutnya telah dicuri oleh Saprol (Dwiki Reza), seorang kanak-kanak dari kampong tersebut.

Fandy mengejar Saprol dan terhenti apabila Saprol bersembunyi di sebuah rumah. Fandy tidak lagi memarahi Saprol apabila terlihat seorang gadis bertudung litup sedang menjemur pakaian iaitu Sarah (Ayu Pratiwi). Sarah adalah anak Haji Romli (Deddy Mizwar) seorang duda yang sangat alim dan mempunyai pandangan berbeza tentang cinta dan perkahwinan berbanding orang lain termasuk Fandy dan keluarganya.

Fandy cuba melamar Sarah tetapi dikenakan bebarapa syarat oleh Haji Romli. Fandy yang sangat jahil tentang agama diminta belajar bersolat dan membaca Al-Quran sehingga pandai. Orang yang mengajarnya tidak lain dan tidak bukan ialah Saprol, kanak-kanak yang pernah mencuri kasutnya.

Usaha keras Fandy dan pertembungan dua budaya yang sangat berbeza ini telah membuatkan filem ini sangat menarik dan mampu menghiburkan penonton segenap lapisan umur. Fandy seakan gagal memenuhi semua syarat tersebut. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Hj. Romli cuba menjodohkan Sarah dengan anak kawan baiknya yang sedang menuntut di sebuah universiti di Mesir dalam bidang agama.

Apa yang menarik, filem ini berakhir dengan kejutan dan kejutan yang dibuat itu tidak pernah dilihat dalam mana-mana filem cinta remaja lain kerana ia sebuah kejutan yang mengungkap erti sebuah keikhlasan, yakni keikhlasan kepada Yang Maha Esa….

Adakah dugaan yang lebih dahsyat menanti Fandy seterusnya… nantikan jawapannya dalam KIAMAT SUDAH DEKAT di pawagam.

Lakonan : Andre Stinky, Deddy Mizwar, Muhammad Dwiki Riza, Dewi Yull, Anwar Fuady, Chintami Atmanagara, Nazar Amir, Ayu Pratiwi, Senandung Nacita, Rony Dozer Karly, Aldo Bamar, Andri Bayuardi, Anglin Sagaran, Dicky Chandra
Arahan : Deddy Mizwar
Terbitan : PT. Demi Gisela Citra Sinema
Tarikh Tayangan : 2003 (Indonesia) / 21 Julai 2005 (Malaysia)

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 343MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | Password : wayangmalaysia

4 Respons to “Kiamat Sudah Dekat (2003)”

  1. sari Says:

    filem yang menarik dan unexpected

  2. Faziera Says:

    Saya suka saprol(dwiki riza) dia sungguh berbakat dalam bidang lakonan, saya harap cerita “KIAMAT SUDAH DEKAT” akan ditayangkan lagi..

  3. Mypigi@yahoo.com Says:

    Saya harap ditayangkan semula cerita ini..

  4. Faziera Says:

    No komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: