Azam seorang peguam yang sering menyelesaikan kes-kes rumahtangga sehingga dia sendiri menjadi takut untuk berumahtangga. Azam akhirnya bersetuju dengan satu rancangan yang dirancang oleh kakak angkatnya untuk menjodohkan dia dengan Maria, seorang gadis kampung.
Archive for Julai 2007
Keluarga 99 (1987)
31 Julai 2007Madu Tiga (1964)
27 Julai 2007Sebuah kisah komedi yang menceritakan tentang helah seorang lelaki yang beristeri tiga, apabila rahsianya tidak dapat dibendung lagi.
Nagabonar Jadi 2 (2007)
26 Julai 2007Filem bercorak drama komedi Nagabonar Jadi 2 dibintangi oleh Deddy Mizwar dan Tora Sudiro sebagai watak ayah dan anak. Filem ini adalah sambungan dari filem Nagabonar yang meletup di pawagam tahun 1986. Kisahnya masih berkisar tentang Nagabonar (Deddy Mizwar), seorang penyeluk saku yang menjadi seorang Jeneral semasa peperangan mendapatkan kemerdekaan.
Gila-Gila Remaja (1986)
25 Julai 2007Filem ini mengisahkan Roy seorang remaja yang sering menimbulkan kekacauan, jatuh cinta dengan Suziana, seorang gadis yang menjadi rebutan ramai terutama sekali Farouk.
Iskandar (2003)
24 Julai 2007Karl Iskandar adalah anak kepada Tan Sri Hisham Al-Bakri. Dia pulang ke tanahair untuk mengambil alih perniagaan ayahnya. Namun, kepulangannya telah membongkar satu komplot pembunuhan seorang jutawan, Vincent Cheah, yang telah dilakukan oleh Ringgo seorang ketua gangster yang beroperasi di Kuala Lumpur.
Masam-Masam Manis (1965)
20 Julai 2007Kisah percintaan antara cikgu sekolah dan pemain muzik, Saari bersama gadis kelab malam, Norkiah, yang berasal dari Kedah. Tanpa disedari, mereka yang hebat bercinta di luar, sebenarnya hidup berjiran bersebelahan bilik dan asyik berperang mulut setiap hari..
Rock (2005)
19 Julai 2007Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda dalam sebuah band rock yang pernah memasang impian untuk jadi terkenal.
Jutawan Fakir (2003)
17 Julai 2007Filem ini mengisahkan kehidupan seharian Fakir Bin Miskin, seorang anak muda yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah syarikat di ibu kota. Perwatakan dan gelagatnya yang sentiasa ceria membuatkan rakan sepejabatnya sentiasa terhibur.
Gila-Gila Pengantin (2003)
13 Julai 2007Filem ini mengisahkan Aliah, yang ingin berkahwin, sepertimana gadis lain, tetapi dia mempunyai masalah fobia dengan majlis persandingan disebabkan satu kejadian yang pernah berlaku kepadanya. Pada masa yang sama, ada seorang lelaki yang turut mengalami masalah yang serupa.
30 Hari Mencari Cinta (2004)
12 Julai 2007Keke, Gwen dan Olin adalah kawan rapat semenjak dari sekolah menengah lagi. Apabila mereka memasuki universiti, mereka tinggal bersama keluarga Olin. Mereka mengambil bidang pembelajaran yang berlainan. Tapi yang paling penting adalah aktiviti harian mereka selepas habis kuliah, mereka akan melepak di sebuah cafe, menyewa video dan menonton bersama di rumah.