Koper (2006)

Koper

Sekumpulan perompak melarikan sebuah beg dari sebuah bank. Seorang pegawai rendahan menemui beg itu di pinggir jalan. Isteri dan jirannya yakin, beg itulah yang telah dilarikan oleh perompak tersebut. Si pegawai rendahan yakin, beg itu jatuh dari sebuah kereta dan harus dikembalikan.

Siapa di antara mereka yang benar? Isterinya, Yasmin, seorang wanita penyabar, memilih hidup bersamanya di tengah tekanan keluarga. Yahya, sang suami, pekerja yang kurang mendapat perhatian di syarikat tempat dia bekerja. Sebaliknya, ia menganggap beg itu sebagai satu ujian bagi pendiriannya. Dia tidak berani membukanya, dan mati-matian melacak siapa pemiliknya.

Beg itu membuatkan pandangan orang lain kepadanya berubah. Mereka juga berfikir, tentu ada sesuatu mengapa Yahya sentiasa membawa beg itu bersamanya. Teman-teman sekerjanya tiba-tiba menjadi begitu ramah, bahkan begitu juga orang atasannya serta jirannya.

Satu-satunya tempat melarikan diri adalah sebuah café, di mana dia bertemu dengan seorang gadis bernama Noni. Hanya gadis itu yang tidak tertarik dengan begnya, dan membuat Yahya tenang kerana cuma gadis itu satu-satunya yang tidak memaksanya membuka beg itu. Mereka berdua berbual dan mendengarkan koleksi lagu-lagu yang sama disukainya: P. Ramlee..

Hingga suatu hari, penyakit yang telah lama dihidapi Yasmin datang menyerang. Yasmin tenat. Dan satu-satunya cara menolongnya, barangkali, adalah dengan membuka beg tersebut. Adakah Yahya akan berjaya mempertahankan pendiriannya untuk tidak membuka beg yang bukan miliknya? Dan apakah sebenarnya kandungan beg tersebut?

Lakonan : Anjasmara, Maya Hasan, Djenar Maesa Ayu, Virnie Ismail, Arie Dagienkz, Restu Sinaga, Niniek L. Karim, Djaduk Ferianto, Lukman Sardi, Barry Prima, Butet Kartaredjasa, Ferry Salim, Aristides Katoppo, Joko Anwar, Moammar Emka, Enrico Soekarno, Ovy Wu, Albertien Endah, Carlo Warella, Zen Hae, Erry Isfandiari, Eka Kurniawan, Vebrianto Putra, Hendrik Indra Herlambang
Arahan : Richard Oh
Terbitan : Metafor Megacitra
Tarikh Tayangan : 31 Ogos 2006

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 386MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Password : wayangmalaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: