Madu Tiga (1964)

Madu Tiga

Sebuah kisah komedi yang menceritakan tentang helah seorang lelaki yang beristeri tiga, apabila rahsianya tidak dapat dibendung lagi.

Jamil, yang sudah berkahwin, mengambil keputusan untuk menjadikan Hasnah sebagai isteri keduanya, tanpa izin dari isterinya Latifah. Apabila Latifah yang mengetahui perkara berkenaan, dia pergi ke majlis pernikahan Jamil lalu menimbulkan kekecohan.

Jamil melarikan diri serta bersembunyi di sebuah hotel untuk memikirkan cara menghadapi masalah yang timbul. Dia mendapat akal untuk berpura-pura mengalami kemalangan yang teruk bagi mendapatkan simpati kedua-dua isterinya. Rancangannya itu berjaya dengan bantuan dari pembantunya, Rafee.

Apabila keadaan beransur aman dan damai, Jamil bertemu dengan Rohani lalu jatuh hati pandangan pertama terhadap Rohani. Sekali lagi Jamil merancang untuk berkahwin. Bapa Latifah turut bersubahat membantu Jamil membahagikan masa antara tiga orang isterinya supaya mereka bertiga tidak merasa syak dengan perbuatan Jamil.

Secara kebetulan, ketiga-tiga isteri Jamil bertemu di sebuah kedai emas. Terjadi pergaduhan antara Hasnah dan Latifah, manakala Rohani turut masuk campur tanpa menyedari mereka berdua adalah madunya.

Rohani mencadangkan mereka bertandang ke rumahnya bagi menyelesaikan perselisihan mereka. Apabila Jamil ternampak ketiga-tiga isterinya sedang minum petang di rumah Rohani, dia melarikan diri. Apabila Rohani menyedari bahawa Jamil sebenarnya mempunyai tiga orang isteri, mereka mengejar Jamil dalam satu babak yang melucukan. Apakah kesudahan kisah cinta agung ini…?

Lakonan : P. Ramlee, Sarimah, Jah Mahadi, Zaharah Agus, Ahmad Nisfu, M. Rafee, Mislia, Zainon Fiji, Ahmad Sabree, M. Babjan, Doris Han, Alias Conggo
Arahan : P. Ramlee
Terbitan : Malay Film Productions Ltd.
Tarikh Tayangan : 12 Februari 1964

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 306MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | Password : wayangmalaysia

2 Respons to “Madu Tiga (1964)”

  1. k'baca Says:

    \bigstar \bigstar \bigstar with \heartsuit

  2. madden15-coins.com Says:

    Hello there other online sites performs well yet your web site is starting slowly which actually went on nearly a few minutes to be
    able to load, I am not sure if it’s my personal problem or your site problems.

    However I appreciate you for publishing amazing article.
    Everybody who discovered this page really should have discovered this informative article
    extremely beneficial. I’m hoping I will be able to get a lot more incredible things
    and I really should complement by saying you have done wonderful job.
    To obtain more information through content which you
    publish, I have saved to bookmarks this page.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: