Archive for Ogos 2007

Berlari Ke Langit (2004)

30 Ogos 2007

Berlari Ke Langit

Kepulangan Indra sembilan bulan dari laut mengejutkan ramai orang. Terutama Zulhijjah, kekasih Indra yang sekarang ini sudah menjadi tunang Bukhari dan bakal dinikahkan tidak lama lagi. Indra bersyukur ke atas kepulangan dari tragedi ribut yang menelan dua nyawa rakannya dan mendamparkan dia di sebuah pulau selama sembilan bulan.

(more…)

Advertisements

Perempuan, Isteri dan … (1993)

29 Ogos 2007

Perempuan, Isteri dan.jpg

Zaleha melarikan diri dari kampung pada hari perkahwinannya dengan Amir lalu berkahwin dengan kekasihnya Jalil di selatan Thailand. Amir menyimpan dendam dan menjejaki Zaleha untuk menebus malunya.

(more…)

Awang Spanar (1989)

27 Ogos 2007

Awang Spanar

Awang dan Salleh berasal dari kampung nelayan di Kuala Terengganu, Salleh bekerja sebagai kelasi sementara Awang sebagai mekanik. Awang vergelar “Awang Spanar” kerana kemahirannya memperbaiki bot-bot yang rosak.

(more…)

XX Ray (1992)

24 Ogos 2007

XX Ray

Penemuan XX Ray – alat yang memboleh seseorang melihat menembusi sesuatu objek, menjadi malapetaka apabila Anuar menyeludupnya keluar dan membawanya ke satu majlis.

(more…)

Darah Satria (1983)

23 Ogos 2007

Darah Satria

Leftenan Arif dan Prebet Badul adalah anggota tentera darat. Selepas beberapa operasi berjaya dilakukan, mereka diberi cuti. Bila Arif pulang ke kampung, dia menemui Rafidah dan jatuh cinta padanya.

(more…)

Embun (2002)

22 Ogos 2007

Embun

Kisah kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun, bersama abangnya Bayu serta kekasihnya, Leftenan Koishi. Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat emansipasi dan daya juang yang tinggi.

(more…)

Leftenan Adnan (2000)

21 Ogos 2007

Leftenan Adnan

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu.

(more…)

Bukit Kepong (1981)

20 Ogos 2007

Bukit Kepong

Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota.

(more…)

Labu dan Labi (1962)

17 Ogos 2007

Labu dan Labi

Labu dan Labi adalah orang gaji kepada hartawan bernama Haji Bakhil yang mempunyai seorang anak perempuan jelita bernama Manisah. Labu dan Labi jatuh cinta pada Manisah tanpa mengetahui mereka sukakan gadis yang sama.

(more…)

Mat Gelap (1990)

16 Ogos 2007

Mat Gelap

Filem ini mengisahkan penyiasatan yang dilakukan oleh seorang penyiasat persendirian yang dikenali sebagai Mat Gelap. Filem ini merupakan filem pertama Malaysia yang menggabungkan watak hidup dan watak animasi.

(more…)