Castello (2006)

Castello

Filem ini membawa kisah mengenai Solo, remaja yang dibesarkan di Sungai Golok. Solo berkahwin dengan seorang gadis Thai bernama Chalita. Di saat Chalita hamil, Solo mula menjalankan kegiatan sebagai pengedar dadah untuk menjadikan kehidupan keluarganya lebih mewah. Tapi Solo tertangkap dan dia dipenjara selama 20 tahun.

Di dalam penjara, dia dikenali sebagai Castello. Keluar dari penjara, Castello cuba mengesan semula isteri dan anaknya. Tapi dia kecewa bila mengetahui anak gadisnya Phim telah menjadi penagih dadah. Castello berusaha untuk menyelamatkan Phim yang tidak menyedari bahawa Castello adalah bapanya.

Satu hari Castello merampas duit Phim sewaktu gadis itu sedang berurusan untuk membeli dadah. Kerana terlalu ketagih, di luar kesedaran Castello, Phim telah bertemu dengan pengedar dadah dan menceritakan masalah kewangannya. Si pengedar berlagak baik dan memberi Phim dadah yang diperlukannya. Tapi di saat Phim sedang khayal, dia dirogol oleh konco-konco pengedar itu sebagai bayaran hutangnya kepada pengedar tersebut.

Castello ‘naik gila’ sebaik saja mengetahui kemusnahan hidup Phim. Dia berazam untuk membalas dendam. Tapi di saat sedang bergelut menuntut bela terhadap maruah anaknya yang telah tergadai, Chalita (isteri Castello) telah dibunuh oleh konco-konco pengedar itu. Tentu saja Castello menjadi bertambah marah dan dia bertindak lebih gila. Namun mampukah Castello berhadapan dengan pengedar profesional itu?

Lakonan : Rosyam Nor, Erra Fazira, Que Haidar, Zack Taipan, Bront Palarae, Nasrizal Ngasri, Liyana Jasmay, Zain Ruffedge, Is Abd. Aziz, Nureminadiya Ramli, Erma Fatima, M. Rajoli, Kamarool Hj. Yusof, Prono, Suhaimi Suandi, Abdul Aziz, Bohari Rahmat, Ros Ramona Qadira, Ahmad Zaki Bakarudin, Damak Binaf, Suhaimi Ismail, Shamsuhaili Mat Husin, Abdul Aziz Awang, Saidi Abdullah, Saiful Bahri Karadin, Oin, Suhardi Ismail
Arahan : Badaruddin Hj. Azmi
Terbitan : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. / Nusanbakti Corporation Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 05 Januari 2006

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 302MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | Password : wayangmalaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: