6 Jahanam (1969)

Enam Jahanam

Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka.

Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut.

Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara.

Di situ tinggal saudagar Tantari bersama isterinya Masmera. Tantari membuka kedai menjual pakaian dan kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar atas urusan perniagaan yang penting. Secara kebetulan, Tantari dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang gambar untuk mengambil gambar mereka berdua.

Oleh kerana Tantari tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. Tukang gambar tersebut telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut dibunuh.

Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia. Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya.

Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. Dalam perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi yang muncul secara mencurigakan…

Lakonan : P. Ramlee, Nor Azizah, Yusoff Latiff, Osman Md. Amin, J.B Yusoff, Ahmad Dadida, Kamal Idris, Shariff Baboo, Ibrahim Sabtu, Idris Hashim, Minah Hashim, Yusuff Bujang, Karim Latiff
Arahan : P. Ramlee
Terbitan : Merdeka Film Productions
Tarikh Tayangan : 1969

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 309MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | Password : wayangmalaysia

7 Respons to “6 Jahanam (1969)”

  1. Bayan Says:

    citer P. ramlee best. hasil karyanya tiada tandingan walaupun khalayak penonton sedikit dan kemudahan dari aspek modal dan peralatan tak begitu canggih.

    * nak tanya enpunya blog, kat mana nak dapatkan flag.gif tu…cantik la.

  2. wayangmalaysia Says:

    memang best. tak macam filem shuhaimi baba.

    * sonang jo tu… kau lotakkan anak panah ateh bendero yang bekibar mogah tu, lopeh tu kau tokan butang kanan tetikuih kau tu, lopeh tu kau pilih yang dio koba ‘Save Picture As…’, kau taruklah flag.gif tu kek memano yang kau nak lotak. Sekian, terimo kasih.

  3. faris Says:

    bagi aku filem p. ramlee adalah filem terbaik malaysia dulu, sekarang dan mungkin akan datang

  4. wayangmalaysia Says:

    Dulu, kini dan selamanya..

    Bersatu kita bersatu…
    Dengan setia berganding bahu…lalalalala

  5. faris Says:

    mcm lirik lagu la pula

  6. katipang Says:

    sy amat minat dgn filem 6 jahanam kerana watak dan nama2 pelakon jahat begitu lawk dan muka yg sungguh mengagumkan antaranya katipang,karambit,mumbala dan paragas…hahaha

  7. sam Says:

    antara dialog yg plg lucu sy minat-pergh,apa mau?apa ada?nasik minyak ada,mee goreng ada, mee rebus ada,apa ko mau semua ada.mee rebus.MEE REBUS SATU!!minum??kopi.KOPI SATU!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: