Archive for September 2007

Buai Laju-Laju (2004)

11 September 2007

Buai Laju-Laju

Zaiton ialah seorang wanita licik yang banyak muslihat. Tajuk Buai Laju-Laju ada makna mendalam. Kelajuan buai bergantung kepada orang yang membuainya dan di situlah peranan Zaiton hingga berlaku pembunuhan, tetapi orang tidak nampak siapa melakukannya.

(more…)

Bangku Kosong.. (2006)

10 September 2007

Bangku Kosong

Seorang guru baru bernama Cikgu Grace menggantikan Cikgu Melisa yang telah meletak jawatan dari Sekolah Permata Purti. Semua guru, termasuk Cikgu Janet, gurubesar sekolah tidak tahan dengan pelajar kelas 3A yang bersikap buruk, terutamanya Destin, Nancy and Adela.

(more…)

Hantu Siang (1986)

7 September 2007

Hantu Siang

Badul, seorang kasanova, sudah menggoda dan memanipulasikan 17 orang gadis. Kali ini, dia cuba untuk menggoda 2 orang gadis dengan menggunakan pelbagai cara yang licik. Namun hasilnya memakan dirinya sendiri apabila dia terpaksa mengahwini dua orang gadis tersebut.

(more…)

Pontianak Menjerit (2005)

6 September 2007

Pontianak Menjerit

Datuk Pengiran Abdul Rahman meminta peguamnya mencari pewaris yang akan mewarisi hartanya berjumlah RM30 juta. Selain dari dua orang anaknya, Azlee, seorang ahli perniagaan dan Mazlan, seorang pereka fesyen, terdapat dua lagi nama pewaris yang ada dalam senarai penerima.

(more…)

Isabella (1990)

5 September 2007

Isabella

Sebuah filem Indonesia yang menimbulkan kontroversi di Malaysia gara-gara adegan cium antara Nia Zulkarnaen dan Amy Search.

(more…)

Haru Biru (2007)

4 September 2007

Haru Biru

Kid (QUE HAIDAR) seorang eksekutif muda, Ariyana (DYNAZ) seorang model, dan Dani (IJOY AZHARI) seorang fotografer bebas, adalah tiga remaja yang bersahabat. Hubungan ini kemudiannya dibebani oleh perasaan cinta yang tersembunyi, lantas menimbulkan konflik yang meruntuhkan persahabatan mereka. Dalam diam Kid menjalinkan hubungan cinta dengan Ariyana dan membelakangi Dani.

(more…)

Cinta Yang Satu (2007)

3 September 2007

Cinta Yang Satu

Filem ini mengisahkan cinta tiga segi di antara Wira (Zul Huzaimy), Jamilah (Siti Ezad) dan Zulaikha (Sharifah Sofea).

(more…)