Impak Maksima (2007)

Impak Maksima

Impak Maksima sebuah cerita yang merangkumi aspek aksi, komedi dan romantik. Ianya berkisar mengenai gejala-gejala social remaja di zaman millennium ini. Cerita ini juga memaparkan salah laku remaja masa kini yang akhirnya sedar akan kesilapan mereka dan pembaziran waktu yang telah mereka lalui.

Cerita bermula dengan Ayie seorang anak muda yang masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi yang amat gemar dengan sukan bermotor iaitu lumba kereta. Masalahnya Ayie sering melibatkan diri dengan perlumbaan kereta haram yang sering di jalankan di highway-highway pilihan mereka. Kehidupan seharian Ayie lebih kepada melepak dengan rakan-rakannya lebih-lebih lagi dengan 2 rakan baiknya iaitu Loyai rakan kolejnya dan Amran makanik kereta. Mereka sering bersama dan tempat favourite mereka ialah di Warung Uncle Wan dimana aktiviti-aktiviti mereka bermula.

Dalam kelekaan Ayie dengan dunia remajanya, dia sering ditegur oleh Abangnya (Johari) yang telah menjaganya semenjak ibubapa mereka meninggal dunia. Joharilah yang menyara segala perbelanjaan Ayie sebab dia ingin melihat adiknya berjaya dan mendapat pendidikan yang secukupnya.

Apabila semester baru kolej bermula Ayie yang juga begitu terkenal di kalangan pelajar-pelajar kolej tersebut telah terserempak dengan seorang freshie (Eva Liana) yang begitu lawa dan telah menarik perhatiannya. Apabila kosentrasi Ayie lebih kepada Eva, Ayie sudah mula kurang untuk berlumba dan melepak dengan rakan-rakan.

Amran mekanik Ayie merupakan seorang Mat Rempit. Berlaku satu insiden apabila Amran kalah pertaruhan dengan Mat Rempit lain di dalam lumba haram mereka. Ianya telah memaksa Amran meminjam duit Ah Long sebanyak RM 5,000.00 untuk melangsaikan taruhan tersebut. Segala aktiviti Amran tidak di ketahui Loyai dan Ayie.

Suatu hari Loyai di datangi Ray, seorang pusher dan terkenal dengan aktiviti haramnya. Ray ingin mencabar Ayie dalam satu lumba Drag. Ayie menolak sebaliknya Amran merasakan yang ianya satu peluang untuk beliau mendapat duit RM 5,000.00 bagi membayar Ah Long. Tanpa pengtahuan Loyai, Amran telah bertemu dengan Ray untuk menerima pelawaan tersebut dengan mempertaruhkan wang sebanyak RM 5,000.00.

Pada hari yang dijadualkan, maka berlansunglah perlumbaan antara Amran dengan Ray. Dalam perlumbaan tersebut ternyata Ray terlalu handal untuk Amran dan telah memenangi perlumbaan tersebut. Amran yang begitu panik setelah kalah telah melarikan diri dari Ray Amran begitu menyesal dengan tindakan bodohnya telah menyembunyikan diri dari Ray sebab dia tak ada duit nak membayarnya.

Berita kekalahan Amran telah di ketahui Loyai. Loyai kemudiannya mendapatkan Ayie untuk sama-sama mencari Amran kerana mereka tahu yang Amran mesti di dalam bahaya. Akhirnya Ayie menjumpai Amran yang bersembunyi di bengkel. Mereka berbincang cara untuk menolong Amran dan mereka bercadang untuk meminta pertolongan dari Johari. Dalam pada mereka berbincang Ray tiba di situ untuk memukul Amran dan Amran yang panik melihat Ray telah memandu lari dengan keretanya. Ray bertambah geram dan telah mengejar Amran. Ayie juga turut serta mengejar Amran dan Ray.

Berlakulah adegan kejar-mengejar antara mereka bertiga. Amran bertambah panik dan memecut lagi laju sehinggalah dia hilang kawalan pada kereta tersebut dan terbabas di tepi jalan. Kereta Amran terbalik dan Amran pula tersepit. Ayie yang melihat akan kejadian tersebut terus memberhentikan keretanya dan cuba menyelamatkan Amran. Malangnya Amran tidak dapat diselamatkan sebab berlaku hentakan yang kuat pada kepalanya. Ayie pula telah di tahan atas tuduhan memandu dengan bahaya di jalanraya.

Kejadian yang menimpa ke atas Ayie dan Amran betul-betul mengecewakan Johari. Johari mencari jalan untuk menyelamatkan adiknya dari lokap. Hanya dengan mengumpan Ray untuk turun berlumba merupakan peluang yang terbaik.

Mampukah Johari mengajak Ray berlumba dengannya dan menyelamatkan adiknya? Semuanya akan terjawab dalam Impak Maksima.

Lakonan : Awal Ashaari, Zul Huzaimy, Eizlan Yusof, Opie Zami, Cat Farish, Dynaz, M. Rajoli, Yatt Haryati Hamzah, Sari Yanti, Ser Meng Hui (Ah Fai), Diya (AF5), Azizah Mahzan, Riezman Khuzaimi, Hafidzuddin Fazil, Tengku Djan Ley, Nurul Alis
Arahan : Ahmad Idham
Terbitan : Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 23 Ogos 2007

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 358MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | Password : wayangmalaysia

20 Respons to “Impak Maksima (2007)”

  1. gigaboy Says:

    fuhh. caya la. sebagai sorang melayu yg suka benda free.. aku bangga dengan ko bro. hehe. trimas la apa apa hal

  2. wayangmalaysia Says:

    Sama-sama.🙂

  3. muzzarfar Says:

    gua pun sama bro….. perjuangan kefreean kita sama…. hahahaha

  4. wayangmalaysia Says:

    mana ada benda free bang. nak upload pakai bulu ketiak ke? kekekeke. tak kira kos elektrik, masa dan sebagainya.

  5. aioxen Says:

    hehe…stuju2 bro wayang….

  6. aioxen Says:

    bro…ak post mirror sini jgn mara eh…huhu
    sesapa yg x suka link rapid

    http://aioxen-movies.blogspot.com/2007/12/impak-maksima-2007.html

  7. wayangmalaysia Says:

    wokeh thanks bro xen. aktif balik nampaknya😉.

  8. jasly Says:

    bro..asl aku download die jd rar file..
    nk kne bt pe..
    convert ke

  9. ontahz Says:

    download sumer file n extract sekaligus..

  10. aie Says:

    mainkan skit previu dlm web ni baru beh..

  11. Tauke Wayang Says:

    OK la sikit daripada Yusof Haslam.
    Hehe.
    Syamsul got a future.

  12. gas Says:

    vfjvkhuyhkjtjkgulhjtjgukt

  13. afidie Says:

    pehal lak syamsul..ni ahmad idham punya cita daa..

    syamsul (anak Yusof haslam) punya cita aku dgr hancus… betul ke?

  14. siti peminat setia Says:

    hai awal ashaari ape khbar..

  15. siti peminat setia Says:

    aku memeng peminat setia awal ashaari….
    aku harap dia sihat….

  16. mat tong Says:

    mak ko

  17. student pang5 Says:

    CAYA LAH

  18. mad kedah Says:

    Melayu kali ini memang begitu mengkagumkan serta jalan cerita filem ini pun memang cukup bagus dan berkualiti , Saya memang meminati jalan cerita filem anak melayu ini iaitu “IMPAK MAKSIMA”terutamanya pengarah & juga pelakon utama”ABG.SYAMSUL” yang penuh dengan karisma serta berbakat besar dalam dunia perfileman tanah melayu masa kini. Saya berharap lepas ini karya anak melayu seperti ini akan menjadi contoh terbaik dimata dunia perfileman antarabangsa. Syabas buat semua yang menjayakan filem ini terima kasih. Wa kasi TEN STAR untuk cerita ini.

  19. noor sakinah Says:

    tak bagus wat cita cam ni nanti owang terpengaruh adalah

  20. noor sakinah Says:

    MAAFLAH JGN TERSINGGUNG

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: