Angker Batu (2007)

Angker Batu

Kisah ini bermula dengan hilangnya Manda seorang wartawan dengan Rino jurukameranya dari sebuah stesen television Korea (Voice of Korea), siaran berita yang meliputi kegiatan syarikat-syarikat Korea di luar negeri. Pada ketika itu, mereka sedang membuat liputan demonstrasi masyarakat yang menentang pembangunan sebuah padang golf moden terbesar di Asia dengan 180 lubang oleh sebuah syarikat Korea di Indonesia.

Padang golf tersebut akan dibangunkan di kawasan hutan yang yang meliputi kawasan Angkerbatu. Projek tersebut mendapat tentangan masyarakat setempat yang bimbang kerja-kerja penebangan hutan itu akan mengganggu ketenteraman para ‘penunggu’ hutan Angkerbatu dan akan mempengaruhi kehidupan masyarakat yang tinggal di sekitarnya.

Pada malam itu juga, krew berita Voice of Korea, Yudha (penerbit), Kanaya (wartawan) dan Warno (pemandu) segera menuju ke Angkerbatu untuk mencari rakan mereka yang hilang. Setibanya di lokasi, mereka bertemu dengan Mr. Kim, pengurus projek PT Dae Sung Perkasa, yang kelihatan amat ketakutan dan mengajak mereka untuk segera menuju ke hotel. Ternyata, situasi yang mereka dapati jauh lebih buruk dari yang mereka duga. Bukan saja mereka tidak dapat menemui Manda, malah mereka juga tidak menemui seorang pun di sana. Sebahagian besar penduduk kota itu lenyap bagai ditelan bumi, mereka hanya menemui sebuah kota kosong. Sesuatu telah terjadi di sini, sesuatu yang tidak pada tempatnya dan kabut pun mulai turun perlahan menyelimuti Angkerbatu.

Yudha berikhtiar untuk menyiasat apa yang terjadi di kota tersebut, namun akibat mencuci muka dengan air dari daerah tersebut, mereka kini dapat melihat mahluk-mahluk yang telah menguasai kota itu. Dari rakaman yang mereka temui, sedikit demi sedikit mereka mulai mengetahui apa yang terjadi. Didapati Pak Gondo yang menjadi pegawai daerah adalah orang yang paling mengerti terhadap risiko kegiatan penebangan hutan itu, Yudha dan kawan-kawan harus mencari Pak Gondo untuk membantu mencari teman mereka.

Lakonan : Yama Carlos, Mieke Amalia, Susilo Badar, Imelda Therinne, Nuri Maulida, Dan Kim, Bayu S.Virguna
Arahan : Jose Poernomo
Terbitan : Liquid Media Picture
Tarikh Tayangan : 26 April 2007 (Indonesia)

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 266MB
| 1 | 2 | 3 | Password : wayangmalaysia

9 Respons to “Angker Batu (2007)”

  1. spiderman Says:

    tq ar bro.keep on uploading

  2. wayangmalaysia Says:

    I’ll do my best. 🙂

  3. alamaailman Says:

    thanks bro….

  4. wayangmalaysia Says:

    welkam.

  5. muzzarfar Says:

    thanks bro

  6. wayangmalaysia Says:

    ur welkam.

  7. mexes Says:

    leh tlong ajar cm mner cara nak dw citer2 kat cni x..
    aku x reti lah..first time gune ni..

  8. ramon Says:

    links are broken?could u please re-up?thx!!

  9. ayas yudhistira Says:

    keren abis

Tinggalkan Jawapan kepada mexes Batal balasan