Archive for Disember 2007

Selamanya… (2007)

26 Disember 2007

Selamanya

Bintang muda Indonesia, Julie Estelle, melakonkan watak Aristha, seorang gadis dengan pelbagai masalah hidup yang muncul kembali dalam kehidupan bekas kekasihnya, sehingga mengganggu rancangan pernikahannya.

(more…)

Advertisements

Budak Lapok (2007)

25 Disember 2007

Budak Lapok

Filem berdurasi 90 minit ini adalah sebuah filem yang diinspirasikan dan diceritakan semula oleh Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsudin di mana penonton dibawa semula ke alam kehidupan anak-anak mengenai pertemuan P.Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsudin.

(more…)

9 September (2007)

24 Disember 2007

9 September

Sebuah filem romantik komedi mengisahkan bagaimana Nia (Fasha Sandha) perempuan yang berperwatakan kasar dan ganas tetapi mempunyai wajah yang sangat comel ditingggalkan oleh kekasihnya. Sejak dari itu dia menyimpan dendam terhadap lelaki. Mangsanya adalah seorang lelaki bernama Kogi (Pierre Andre), Kogi adalah seorang lelaki yang baik dan jujur. Dia dilihat sebagai seorang yang sangat senang dibuli oleh Nia.

(more…)

Upin & Ipin (2007)

3 Disember 2007

Upin & Ipin

Upin dan Ipin merupakan sebuah siri animasi mengenai dua adik beradik kembar yang berusia 5 tahun. Siri ini mengisahkan tentang pengalaman pertama mereka menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan.

(more…)

Otai (2007)

3 Disember 2007

Otai

Otai merupakan sebuah genre komedi yang menyingkap tentang rahsia kehidupan Aiman yang mempunyai dua orang isteri yang tinggal serumah. Aiman berkongsi rahsia kehidupannya dengan penonton di dalam sebuah program realiti “Otai” apabila dianugerahkan sebagai suami mithali bagi tahun itu.

(more…)

Permintaan Terakhir (1975)

2 Disember 2007

Permintaan Terakhir

Filem ini berkisar kisah seorang gadis yang mengalami perubahan kehidupan selepas ibunya berkahwin dengan Datuk Mazlan, ayah kepada Rohani. Salina dan Rohani bukanlah berkawan baik walaupun belajar di satu sekolah.

(more…)