Otai (2007)

Otai

Otai merupakan sebuah genre komedi yang menyingkap tentang rahsia kehidupan Aiman yang mempunyai dua orang isteri yang tinggal serumah. Aiman berkongsi rahsia kehidupannya dengan penonton di dalam sebuah program realiti “Otai” apabila dianugerahkan sebagai suami mithali bagi tahun itu.

Kisah dimulakan apabila Aiman (Saiful Apek) yang sudah mempunyai seorang isteri Azura (Nasha Aziz) yang telah berkahwin selama tiga tahun dan tidak dikurniakan anak. Aiman dan Azura telah mendapat tekanan dari ayah Aiman, Tan Sri Mansur (Saleh Yaakob) iaitu, jika Aiman dan isterinya tidak mendapat zuriat dalam tempoh setahun, seluruh harta bendanya akan diwariskan kepada rumah anak yatim.

Keluarga Azura telah mendesak supaya dijalankan pemeriksaan supaya ditentukan siapa sebenarnya yang bermasalah. Namun, hasil dari pemeriksaan tersebut, di dapati bahawa Azura yang telah mengalami masalah peranakan yang tidak memungkinkan dia mengandung. Atas desakan, Azura terpaksa merelakan Aiman berkahwin lagi seorang tetapi mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Azura dan ibunya (Azean Irdawaty). Aiman yang pura – pura menentang keputusan isterinya, akhirnya, berpakat dengan Sammy (Yasin Senario) dalam mencari calon yang paling sesuai. Namun, setiap calon ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Azura, iaitu mestilah seorang yang tidak cantik dan hendaklah Azura yang bersetuju dengan calon tersebut.

Setelah menemui jalan buntu, Aiman, Akhirnya mengarahkan Sammy, supaya mencari Mawar (Faeza) iaitu kekasih Aiman sebelum dia mengahwini Azura, supaya menjadi calon kepadanya. Atas bantuan Sammy, Mawar telah diubah supaya menjadi kurang cantik yang akhirnya telah dipersetujui oleh Azura.

Ketika Upacara akad nikah antara Aiman dan Mawar, Azura telah pengsan kerana mengetahui bahawa Mawar seorang yang jelita. Namun, yang lebih mengejutkan, setelah dijalankan pemeriksaan ke atas Azura, di dapati bahawa Azura sebenarnya telah mengandung. Kini, timbul konflik di antara Azura dan Mawar kerana Azura merasakan Mawar tidak diperlukan lagi setelah dirinya berbadan dua. Namun, satu peristiwa telah berlaku menyebabkan kedua – duanya menjadi sahabat karib. perkara yang tidak disangka oleh Aiman.

Dalam pada itu, kedatangan ibu Azura ke rumah telah membawa khabar angin yang mampu mengugat hubungan di perkahwinan Aiman dengan isteri – isterinya. perkara ini telah menimbulkan salah faham dan tekanan dalam keluarga Aiman. Ini kerana, dalam diam – diam, Aiman telah meminta kerjasama Sammy untuk memilih seorang lagi calon isteri yang sesuai. Namun, akhirnya muslihat ini diketahui oleh Azura dan Mawar.

Oleh demikian, mereka bergegas menuju ke tempat akad nikah dijalankan. Sekali lagi, konflik telah meletus dan mereka telah merayu Aiman supaya memaafkan segala perbuatan mereka sebelum ini. Namun, Aiman telah meminta tok kadi menyegerakan upacara akad nikah tersebut. Namun, setelah uopacara itu berjalan, Mawar pula pengsan. Apakah yang telah terjadi kepada Mawar? Siapa sebenarnya yang bernikah dan bagaimana kesudahan kehidupan Aiman dan isteri-isterinya.

Lakonan : Saiful Apek, Nasha Aziz, Yassin Yahya, Salleh Yaakob, Azean Irdawaty, Aznil Nawawi, Fouziah Mohd. Gous, Shazmeen Hashim, Izreen Azminda, Soffia Shamimi, Mazlan Hashim, Ainul Aishah Azizun, Noor Faezah Md. Elai, Nurul Huda Mohd. Edlan, Farah Alya As’ari, Stephanie Liah Jerenang, Nor Azira Yusof, Azhari Zain, Maimunah Ahmad, Maimon Abd. Muttalib, Hafizzudin Fazil, Wan Mohd. Fadzli Wan Jusoh, Siti Rohkhaida Abdul Khalil
Arahan : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Terbitan : Grand Brilliance Sdn. Bhd. / Line Clear Motion Pictures Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 13 Oktober 2007

Muaturun :
Format RealPlayer .RMVB : 298MB
| 1 | 2 | 3 | Password : wayangmalaysia

Format XviD .AVI : 501MB
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | Password : wayangmalaysia

Format XviD . AVI : 1.06GB
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
Password : wayangmalaysia

21 Respons to “Otai (2007)”

  1. Faris Says:

    kenapa format avi ada 2? mana gmbar yg paling terang?

  2. wayangmalaysia Says:

    yang paling cantekkkk…yang 1.06gb tu pasal tu direct from dvd punya. yang avi satu lagi tu versi yang dicompresskan sket lagi bagi yang malas nak download sampai 11 parts dan kualitinya pun kira ok la. yang lagi malas gila baban tak hengat donia punya, leh la download rmvb punya version, kualiti pun memuaskan jugak. harap ini dapat menjawab pertanyaan anda.

  3. haniff Says:

    terima kasih upload movie ni . keep up the good work

  4. Faris Says:

    time ksh bro. memang dapat jwb pertanyaan

  5. wayangmalaysia Says:

    sama-sama.

  6. amir Says:

    knape pki rapidshare???rs susah la…

  7. Faris Says:

    habis klau tak pakai rapidshare, nak pakai apa untuk simpan semua2 fail ni?

  8. amirfazwan Says:

    pki usaupload.net

  9. amir Says:

    bro.. ni dari ukren ni… tak leh upload citer rock , otai diva popular kat, http://www.megashares.com ke? sini kene block a.. manager net ni block rapid ngan megaupload

  10. wayangmalaysia Says:

    amirfazwan : usaupload.net tak ada file management. bagi link bodoh camtu je.

    amir : bebaik la ngan manager tu, blanja minam teh tarik ke…

  11. ontahz Says:

    lama senyap bro??? takder ke citer baru2??

  12. aioxen Says:

    assalam bro…wa caya sama lu….
    lama x dgr kaba…shat?mmg xleh nak celen site ko r skang nih…

  13. wayangmalaysia Says:

    Ontahz : hujung-hujung tahun ni ada busy sket la bro.

    aioxen : aioxen my prennnnn…hawau you? you look hensem laa today, of course laa yesterdey you look hensem also.🙂

  14. Lutfi Says:

    Assalammualaikum..saya baru disini..erm…camner nak download cerita nie?Ada sesiapa yg dapat membantu saya?

  15. wayangmalaysia Says:

    Wa’alaikumussalaam

    Sila rujuk di sini :

    http://sioloonfunclub.niceboard.com/helpdesk-f5/cara2-utk-dowload-rapidshare-n-download-yg-lain-t1972.htm

  16. ontahz Says:

    dah masuk awal tahun nie… bz lagi kaa?? haha..

  17. gigatadiy Says:

    Tima kasey once more utk pilam nih…
    1.06gb version memang mantap & berbaloi di seduttt..
    semoga bnyk lagik versi dvdrip! salammmmmms bro

  18. ferdyans Says:

    login ?
    password ?

    awak bole kasitau tk? saye susah sangat nak download film nii
    tolong sangat lah bantu saye yee…

  19. rizal Says:

    bro, cerita PANAS aleeza kasim tu berlakon ada x? puas saya cari merata tak jumpa…

  20. eXo Says:

    tp bro… rapidshare lambat ar… nk pkai iGetter pon x lepas…

  21. akim Says:

    bro,ade x cite anak mami kembali….kalo ade pls….lame dh mencari…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: