Archive for the ‘Aksi’ Category

Impak Maksima (2007)

19 Oktober 2007

Impak Maksima

Impak Maksima sebuah cerita yang merangkumi aspek aksi, komedi dan romantik. Ianya berkisar mengenai gejala-gejala social remaja di zaman millennium ini. Cerita ini juga memaparkan salah laku remaja masa kini yang akhirnya sedar akan kesilapan mereka dan pembaziran waktu yang telah mereka lalui.

(more…)

Advertisements

Darah Satria (1983)

23 Ogos 2007

Darah Satria

Leftenan Arif dan Prebet Badul adalah anggota tentera darat. Selepas beberapa operasi berjaya dilakukan, mereka diberi cuti. Bila Arif pulang ke kampung, dia menemui Rafidah dan jatuh cinta padanya.

(more…)

Leftenan Adnan (2000)

21 Ogos 2007

Leftenan Adnan

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu.

(more…)

Bukit Kepong (1981)

20 Ogos 2007

Bukit Kepong

Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota.

(more…)

6 Jahanam (1969)

9 Ogos 2007

Enam Jahanam

Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka.

(more…)

Castello (2006)

1 Ogos 2007

Castello

Filem ini membawa kisah mengenai Solo, remaja yang dibesarkan di Sungai Golok. Solo berkahwin dengan seorang gadis Thai bernama Chalita. Di saat Chalita hamil, Solo mula menjalankan kegiatan sebagai pengedar dadah untuk menjadikan kehidupan keluarganya lebih mewah. Tapi Solo tertangkap dan dia dipenjara selama 20 tahun.

(more…)

Iskandar (2003)

24 Julai 2007

Iskandar

Karl Iskandar adalah anak kepada Tan Sri Hisham Al-Bakri. Dia pulang ke tanahair untuk mengambil alih perniagaan ayahnya. Namun, kepulangannya telah membongkar satu komplot pembunuhan seorang jutawan, Vincent Cheah, yang telah dilakukan oleh Ringgo seorang ketua gangster yang beroperasi di Kuala Lumpur.

(more…)

Cicak-Man (2006)

1 Jun 2007

Cicak-Man

Cicak-Man mengisahkan seorang anak muda, Hairi(Saiful Apek), secara tidak sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses ujikaji di makmal. dia dan rakan karibnya, Danny(Yusry), bekerja di syarikat milik Profesor Klon(Aznil Nawawi), di Bandar Metrofulus. Akibat kejadian itu, Hairi berasa perubahan dalam dirinya. Dia mula bersikap seperti reptilia kecil itu- reptilia kecil yang berupaya memanjat dinding, luka yang cepat sembuh dan cekap menggunakan lidahnya yang panjang.

(more…)

9 Naga (2006)

29 Mei 2007

9 Naga

Hidup adalah menentukan pilihan. Kadang pilihan diambil dengan sukarela, lain waktu dengan terpaksa. Demikianlah kisah tiga orang pria yang telah bersahabat sejak kecil: Marwan, Donny dan Lenny.

(more…)

Remp-It (2006)

12 Disember 2006

Remp-It

Filem ini mengisahkan Madi yang bekerja sebagai penghantar surat sering ‘merempit’ pada waktu malam. Dia bukan sekadar berlumba haram tetapi mampu menunjukkan aksi berani di jalan raya. Madi mempunyai teman wanita, Ieka yang sering mendesaknya berkahwin.

(more…)