Archive for the ‘Komedi’ Category

Budak Lapok (2007)

25 Disember 2007

Budak Lapok

Filem berdurasi 90 minit ini adalah sebuah filem yang diinspirasikan dan diceritakan semula oleh Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsudin di mana penonton dibawa semula ke alam kehidupan anak-anak mengenai pertemuan P.Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsudin.

(more…)

9 September (2007)

24 Disember 2007

9 September

Sebuah filem romantik komedi mengisahkan bagaimana Nia (Fasha Sandha) perempuan yang berperwatakan kasar dan ganas tetapi mempunyai wajah yang sangat comel ditingggalkan oleh kekasihnya. Sejak dari itu dia menyimpan dendam terhadap lelaki. Mangsanya adalah seorang lelaki bernama Kogi (Pierre Andre), Kogi adalah seorang lelaki yang baik dan jujur. Dia dilihat sebagai seorang yang sangat senang dibuli oleh Nia.

(more…)

Otai (2007)

3 Disember 2007

Otai

Otai merupakan sebuah genre komedi yang menyingkap tentang rahsia kehidupan Aiman yang mempunyai dua orang isteri yang tinggal serumah. Aiman berkongsi rahsia kehidupannya dengan penonton di dalam sebuah program realiti “Otai” apabila dianugerahkan sebagai suami mithali bagi tahun itu.

(more…)

Kelibat (2004)

25 Oktober 2007

Kelibat

‘Kelibat’ adalah mengenai kisah dua orang pembikin filem Selamat dan Indra yang telah ditugaskan untuk membuat sebuah VCD cerita hantu. Oleh kerana mereka tak mahu dituduh menipu orang ramai, mereka ingin membuat cerita yang boleh disahihkan.

(more…)

Diva (2007)

23 Oktober 2007

Diva

Kartika ialah seorang Diva popular yang berasal dari Malaysia. Dia seorang yang berjaya di-serata dunia dan amat diminati orang jutaan peminat di tanah airnya. Disebalik kejayaan gemilangnya tersembunyi sebuah kisah yang sedih. Dimana sekalipun Kartika berada, semua peminatnya ingin meluangkan masa bersamanya. Dalam situasi ini, Kartika hanya inginkan seorang memahami isi hatinya iaitu ibunya. Ibunya tidak ingin bertemu mahupun berbicara denganya sama sekali.

(more…)

Impak Maksima (2007)

19 Oktober 2007

Impak Maksima

Impak Maksima sebuah cerita yang merangkumi aspek aksi, komedi dan romantik. Ianya berkisar mengenai gejala-gejala social remaja di zaman millennium ini. Cerita ini juga memaparkan salah laku remaja masa kini yang akhirnya sedar akan kesilapan mereka dan pembaziran waktu yang telah mereka lalui.

(more…)

Hantu Siang (1986)

7 September 2007

Hantu Siang

Badul, seorang kasanova, sudah menggoda dan memanipulasikan 17 orang gadis. Kali ini, dia cuba untuk menggoda 2 orang gadis dengan menggunakan pelbagai cara yang licik. Namun hasilnya memakan dirinya sendiri apabila dia terpaksa mengahwini dua orang gadis tersebut.

(more…)

Pontianak Menjerit (2005)

6 September 2007

Pontianak Menjerit

Datuk Pengiran Abdul Rahman meminta peguamnya mencari pewaris yang akan mewarisi hartanya berjumlah RM30 juta. Selain dari dua orang anaknya, Azlee, seorang ahli perniagaan dan Mazlan, seorang pereka fesyen, terdapat dua lagi nama pewaris yang ada dalam senarai penerima.

(more…)

Cinta Yang Satu (2007)

3 September 2007

Cinta Yang Satu

Filem ini mengisahkan cinta tiga segi di antara Wira (Zul Huzaimy), Jamilah (Siti Ezad) dan Zulaikha (Sharifah Sofea).

(more…)

Awang Spanar (1989)

27 Ogos 2007

Awang Spanar

Awang dan Salleh berasal dari kampung nelayan di Kuala Terengganu, Salleh bekerja sebagai kelasi sementara Awang sebagai mekanik. Awang vergelar “Awang Spanar” kerana kemahirannya memperbaiki bot-bot yang rosak.

(more…)