Archive for the ‘Romantik’ Category

Selamanya… (2007)

26 Disember 2007

Selamanya

Bintang muda Indonesia, Julie Estelle, melakonkan watak Aristha, seorang gadis dengan pelbagai masalah hidup yang muncul kembali dalam kehidupan bekas kekasihnya, sehingga mengganggu rancangan pernikahannya.

(more…)

9 September (2007)

24 Disember 2007

9 September

Sebuah filem romantik komedi mengisahkan bagaimana Nia (Fasha Sandha) perempuan yang berperwatakan kasar dan ganas tetapi mempunyai wajah yang sangat comel ditingggalkan oleh kekasihnya. Sejak dari itu dia menyimpan dendam terhadap lelaki. Mangsanya adalah seorang lelaki bernama Kogi (Pierre Andre), Kogi adalah seorang lelaki yang baik dan jujur. Dia dilihat sebagai seorang yang sangat senang dibuli oleh Nia.

(more…)

Tentang Dia (2005)

22 Oktober 2007

Tentang Dia

Gadis (sigi wimala) menyimpan luka yang mendalam kerana dikhianati oleh teman lelakinya yang membuat hubungan sulit dengan sahabat baiknya. Gadis menjadi seorang yang pemurung, sehingga di mata teman-temannya Gadis dianggap penyendiri. Salah seorang temannya Randu (fauzi baadila) seorang pemuda yang menarik telah jatuh cinta terhadap Gadis, namun bagi Gadis, hubungannya dengan Randu tidak bererti apa-apa.

(more…)

Impak Maksima (2007)

19 Oktober 2007

Impak Maksima

Impak Maksima sebuah cerita yang merangkumi aspek aksi, komedi dan romantik. Ianya berkisar mengenai gejala-gejala social remaja di zaman millennium ini. Cerita ini juga memaparkan salah laku remaja masa kini yang akhirnya sedar akan kesilapan mereka dan pembaziran waktu yang telah mereka lalui.

(more…)

Isabella (1990)

5 September 2007

Isabella

Sebuah filem Indonesia yang menimbulkan kontroversi di Malaysia gara-gara adegan cium antara Nia Zulkarnaen dan Amy Search.

(more…)

Cinta Yang Satu (2007)

3 September 2007

Cinta Yang Satu

Filem ini mengisahkan cinta tiga segi di antara Wira (Zul Huzaimy), Jamilah (Siti Ezad) dan Zulaikha (Sharifah Sofea).

(more…)

Berlari Ke Langit (2004)

30 Ogos 2007

Berlari Ke Langit

Kepulangan Indra sembilan bulan dari laut mengejutkan ramai orang. Terutama Zulhijjah, kekasih Indra yang sekarang ini sudah menjadi tunang Bukhari dan bakal dinikahkan tidak lama lagi. Indra bersyukur ke atas kepulangan dari tragedi ribut yang menelan dua nyawa rakannya dan mendamparkan dia di sebuah pulau selama sembilan bulan.

(more…)

Embun (2002)

22 Ogos 2007

Embun

Kisah kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun, bersama abangnya Bayu serta kekasihnya, Leftenan Koishi. Embun yang berusia 17 tahun adalah wanita Melayu yang mempunyai semangat emansipasi dan daya juang yang tinggi.

(more…)

Ali Setan (1985)

14 Ogos 2007

Ali Setan

Kisah mengenai kenakalan seorang mahasiswa bernama Ali di sebuah universiti. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain termasuklah Asmidar yang kerap menjadi mangsanya.

(more…)

Love Is Cinta (2007)

13 Ogos 2007

Love Is Cinta

Filem ini ialah kisah mengenai Ryan (Irwansyah) dan Cinta (Acha Septriasa), dua sahabat akrab yang baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah menengah tinggi. Di sebalik kemesraan mereka sebagai rakan karib, tersemat di hati masing-masing bahawa mereka sebenarnya saling mencintai satu sama lain tetapi malu untuk meluahkan perasaan.

(more…)